Search

😔 Lucky kini dah bersama 4 anak-anaknya di “sana”....

  • Share this:

😔 Lucky kini dah bersama 4 anak-anaknya di “sana”.

Semalam, saya kembali ke TTDI Veterinary Center Clinic berjumpa dengan Dr. Clement Anthony dan semua staff TTDI Vet, untuk melawat keadaan Lucky.

Luka di perut Lucky terbuka dan keadaan Lucky terus lemah. Walaupun hampir dua minggu Lucky dirawat, dia masih belum mahu makan, dan masih perlu disuap serta dimasukkan drip ke dalam badan.

Harapan untuk tengok Lucky kembali sihat makin tipis, tapi itulah realitinya. Saya ditanya oleh Dr. Clement samada untuk “melepaskan” Lucky.

Mula-mula saya tak faham… saya ingatkan, lepaskan di tempat asal saya jumpa Lucky, sebab kemungkinan dia memang kucing jalanan.

Tapi maksud Dr. Clement, ialah untuk “tidurkan” Lucky dan berikan bius akhir supaya kesakitan Lucky dapat berakhir. Saya ambil masa untuk buat keputusan, walaupun Lucky bukan kucing saya, tapi, saya faham maksud Dr. dan saya tahu perasaan kehilangan kucing…

Akhirnya, sekitar jam 1.15 tengahari, Lucky dibius untuk ditidurkan, dan 10 minit kemudian, dibius di jantung. Lucky akhirnya “pergi” dengan tenang.

Terima kasih kepada semua yang doakan Lucky. Lucky… doakan saya juga ya 😔


Tags:

About author
not provided